Saturday, 12 August 2017

AKTIVITI BULAN JULAI PSS SJI

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Sumber dan Media sepanjang bulan Julai 2017














PROGRAM PELANCARAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2017

Program Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.

Program Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 ini telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Matshah Safuan pada 25 April 2017 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. Seramai 4 orang pelajar daripada St John’s Institution KL telah menyertai program ini bersama dengan guru pengiring, Encik Fakrul Abadi. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memeriahkan program ini termasuklah ceramah ‘Kaedah Pencarian Maklumat Digital’ oleh Dr Mad Khir Johari bin Abdullah. Program ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Program Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 ini jika dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan  pelajar dan guru. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta kecemerlangan  pelajar dalam membudayakan minat membaca.

PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER & MEDIA 2017

Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan membantu guru-guru dalam menjalankan pengajaran yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan PSS perlulah dioptimumkan dengan menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan mendapatkan maklumat serta bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan  berkualiti. Projek ini adalah salah satu aktiviti Jawatankuasa Pusat Sumber & Media St John’s Institution dengan mengambil kira penglibatan semua warga Pusat Sumber di atas bantuan dari semua guru-guru Pusat Sumber & Media St John’s Institution. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap Pusat Sumber dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran Pusat Sumber.





Demi mencapai hasrat  menjadikan PSS SJI juga sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran secara sistematik dalam berbagai-bagai sumber dalam bentuk media cetak dan elektronik, PSS SJI telah membeli printer, scanner dan peralatan dekorasi yang mencukupi untuk kemudahan guru dan pelajar di Pusat Sumber. Sumbangan telah diberikan oleh pihak PIBG SJI. Semua Guru dan Pengawas Pusat Sumber telah membantu menghias Pusat Sumber seperti mengecat meja dan almari, mengemas buku-buku, membeli hiasan dan ‘sticker’ di dinding dan membersihkan kawasan Pusat Sumber. Sebanyak 2 buah printer baru dan scanner serta kaca alas meja telah dibeli untuk kemudahan guru-guru dan pelajar-pelajar di Pusat Sumber.







Semoga hasrat untuk mengindah dan menceriakan Pusat Sumber akan tercapai. Pusat Sumber yang kondusif, kreatif dan kritis akhirnya akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan, berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.

PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER & MEDIA SJI

Pusat Sumber & Media memainkan beberapa peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan staf sokongan sekolah. Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk menaikkan taraf  PSS sekolah tradisional kepada Pusat Sumber berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi mencapai kecemerlangan di sekolah


Pada 3 Februari 2017, pegawai daripada PKG Keramat, Encik Abdul Hamid telah dijemput untuk hadir memberi taklimat mengenai sitem automasi Pusat Sumber iaitu Senayan. Semua guru Pusat Sumber telah dimaklumkan tentang rancangan pengautomasian dan pendedahan awal terhadap komputer dan pengetahuan asas mengenainya telah diajar oleh beliau. Guru-guru PSS juga diajar mengenai rekod-rekod yang perlu diisi dalam sistem Senayan ini dan ia meliputi rekod pembekalan, peruntukan, kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna. 


Dengan wujudnya sistem automasi di Pusat Sumber maka segala urusan pentadbiran dan juga urusan perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh guru-guru dan Pengawas Pusat Sumber di dalam sistem manual dapat dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik. Semoga sistem ini juga dapat menarik minat semua murid untuk membina budaya membaca seterusnya mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS SJI

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER & MEDIA
ST JOHN'S INSTITUTION

Majlis ini diadakan khas untuk murid-murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber tahun 2017 pada 23 Mac 2017 bertempat di Tapak Perhimpunan SJI. Seramai 25 orang murid sesi pagi dan petang yang menerima watikah pelantikan tersebut. Diharapkan agar semua Pengawas Pusat Sumber dan Media yang telah dilantik akan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan meningkatkan prestasi Pusat SUmber pada masa akan datang.




PENGAWAS PUSAT SUMBER & MEDIA SJI 2017

PENGAWAS PUSAT SUMBER & MEDIA
ST JOHN'S INSTITUTION 2017


JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA PUSAT SUMBER & MEDIA SJI 2017


JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER & MEDIA
ST JOHN'S INSTITUTION 2017



JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA PUSAT SUMBER & MEDIA
ST JOHN'S INSTITUTION 2017


AKTIVITI BULAN JULAI PSS SJI

Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Sumber dan Media sepanjang bulan Julai 2017