Pusat Sumber & Media memainkan beberapa peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai
jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan
staf sokongan sekolah. Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk
menaikkan taraf PSS sekolah tradisional
kepada Pusat Sumber berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih
berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi
mencapai kecemerlangan di sekolah
Pada 3 Februari 2017, pegawai daripada PKG Keramat, Encik Abdul Hamid telah dijemput untuk hadir memberi taklimat mengenai sitem automasi Pusat Sumber iaitu Senayan. Semua guru Pusat Sumber telah dimaklumkan tentang rancangan pengautomasian dan pendedahan awal terhadap komputer dan pengetahuan asas mengenainya telah diajar oleh beliau. Guru-guru PSS juga diajar mengenai rekod-rekod yang perlu diisi dalam sistem Senayan ini dan ia meliputi rekod pembekalan, peruntukan, kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna.
Dengan
wujudnya sistem automasi di Pusat Sumber maka segala urusan pentadbiran dan
juga urusan perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan
berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh guru-guru dan Pengawas Pusat Sumber di
dalam sistem manual dapat dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan
perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik. Semoga sistem ini juga dapat
menarik minat semua murid untuk membina budaya membaca seterusnya mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
No comments:
Post a Comment