Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat
penting dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran
dan membantu guru-guru dalam menjalankan pengajaran
yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan PSS perlulah dioptimumkan dengan
menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan mendapatkan maklumat
serta bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan
berkualiti. Projek ini adalah salah satu aktiviti
Jawatankuasa Pusat Sumber & Media St John’s Institution dengan mengambil
kira penglibatan semua warga Pusat Sumber di atas bantuan dari semua guru-guru
Pusat Sumber & Media St John’s Institution. Di masa yang sama semangat
kecintaan terhadap Pusat Sumber dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai
matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran Pusat
Sumber.
Demi
mencapai hasrat menjadikan PSS SJI juga
sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik dalam berbagai-bagai sumber dalam bentuk media cetak dan
elektronik, PSS SJI telah membeli printer, scanner dan peralatan dekorasi yang
mencukupi untuk kemudahan guru dan pelajar di Pusat Sumber. Sumbangan telah diberikan oleh pihak PIBG SJI. Semua Guru dan Pengawas Pusat
Sumber telah membantu menghias Pusat Sumber seperti mengecat meja dan almari,
mengemas buku-buku, membeli hiasan dan ‘sticker’ di dinding dan membersihkan
kawasan Pusat Sumber. Sebanyak 2 buah printer baru dan scanner serta kaca alas
meja telah dibeli untuk kemudahan guru-guru dan pelajar-pelajar di Pusat
Sumber.
Semoga hasrat untuk
mengindah dan menceriakan Pusat Sumber akan tercapai. Pusat Sumber yang
kondusif, kreatif dan kritis akhirnya akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan,
berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.
No comments:
Post a Comment