Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Sumber dan Media sepanjang bulan Julai 2017
Saturday, 12 August 2017
PROGRAM PELANCARAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT 2017
Program
Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 bertujuan untuk
mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai
aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid.
Program
Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 ini telah dirasmikan oleh Dato’
Sri Matshah Safuan pada 25 April 2017 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. Seramai
4 orang pelajar daripada St John’s Institution KL telah menyertai program ini
bersama dengan guru pengiring, Encik Fakrul Abadi. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan bagi memeriahkan program ini termasuklah ceramah ‘Kaedah Pencarian
Maklumat Digital’ oleh Dr Mad Khir Johari bin Abdullah. Program ini telah
disertai oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
Program
Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2017 ini jika
dilaksanakan dengan sistematik dan terancang akan memberi impak yang baik dari
segi mencerna minda serta memupuk minat membaca dikalangan pelajar dan
guru.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada peningkatan tahap pengetahuan serta
kecemerlangan pelajar dalam membudayakan minat membaca.
PENAMBAHBAIKAN PRASARANA DAN KECERIAAN PUSAT SUMBER & MEDIA 2017
Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat
penting dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran
dan membantu guru-guru dalam menjalankan pengajaran
yang lebih kondusif. Oleh itu, penggunaan PSS perlulah dioptimumkan dengan
menyediakan suasana bilik yang lebih selesa dan kemudahan mendapatkan maklumat
serta bahan-bahan rujukan yang pelbagai dan
berkualiti. Projek ini adalah salah satu aktiviti
Jawatankuasa Pusat Sumber & Media St John’s Institution dengan mengambil
kira penglibatan semua warga Pusat Sumber di atas bantuan dari semua guru-guru
Pusat Sumber & Media St John’s Institution. Di masa yang sama semangat
kecintaan terhadap Pusat Sumber dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai
matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi persekitaran Pusat
Sumber.
Demi
mencapai hasrat menjadikan PSS SJI juga
sebagai satu tempat yang menyediakan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran
secara sistematik dalam berbagai-bagai sumber dalam bentuk media cetak dan
elektronik, PSS SJI telah membeli printer, scanner dan peralatan dekorasi yang
mencukupi untuk kemudahan guru dan pelajar di Pusat Sumber. Sumbangan telah diberikan oleh pihak PIBG SJI. Semua Guru dan Pengawas Pusat
Sumber telah membantu menghias Pusat Sumber seperti mengecat meja dan almari,
mengemas buku-buku, membeli hiasan dan ‘sticker’ di dinding dan membersihkan
kawasan Pusat Sumber. Sebanyak 2 buah printer baru dan scanner serta kaca alas
meja telah dibeli untuk kemudahan guru-guru dan pelajar-pelajar di Pusat
Sumber.
Semoga hasrat untuk
mengindah dan menceriakan Pusat Sumber akan tercapai. Pusat Sumber yang
kondusif, kreatif dan kritis akhirnya akan dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan,
berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini.
PENGAUTOMASIAN PUSAT SUMBER & MEDIA SJI
Pusat Sumber & Media memainkan beberapa peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai
jenis perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru dan
staf sokongan sekolah. Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk
menaikkan taraf PSS sekolah tradisional
kepada Pusat Sumber berelektronik supaya dapat memainkan peranan yang lebih
berkesan dalam mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran demi
mencapai kecemerlangan di sekolah
Pada 3 Februari 2017, pegawai daripada PKG Keramat, Encik Abdul Hamid telah dijemput untuk hadir memberi taklimat mengenai sitem automasi Pusat Sumber iaitu Senayan. Semua guru Pusat Sumber telah dimaklumkan tentang rancangan pengautomasian dan pendedahan awal terhadap komputer dan pengetahuan asas mengenainya telah diajar oleh beliau. Guru-guru PSS juga diajar mengenai rekod-rekod yang perlu diisi dalam sistem Senayan ini dan ia meliputi rekod pembekalan, peruntukan, kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna.
Dengan
wujudnya sistem automasi di Pusat Sumber maka segala urusan pentadbiran dan
juga urusan perkhidmatan kepada pengguna diharap dapat berjalan dengan baik dan
berkesan. Beban kerja yang ditanggung oleh guru-guru dan Pengawas Pusat Sumber di
dalam sistem manual dapat dikurangkan dan kerja-kerja pengendalian bahan-bahan
perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik. Semoga sistem ini juga dapat
menarik minat semua murid untuk membina budaya membaca seterusnya mewujudkan
suasana pembelajaran yang lebih kondusif.
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS SJI
MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER & MEDIA
ST JOHN'S INSTITUTION
Majlis ini diadakan khas untuk murid-murid yang telah dilantik
sebagai Pengawas Pusat Sumber tahun 2017 pada 23 Mac 2017 bertempat di Tapak Perhimpunan SJI. Seramai 25 orang murid sesi pagi dan
petang yang menerima watikah pelantikan tersebut. Diharapkan
agar semua Pengawas Pusat Sumber dan Media yang telah dilantik akan melaksanakan
tugas dengan penuh dedikasi, amanah dan meningkatkan prestasi Pusat SUmber pada
masa akan datang.
JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA PUSAT SUMBER & MEDIA SJI 2017
JAWATANKUASA INDUK DAN KERJA PUSAT SUMBER & MEDIA
ST JOHN'S INSTITUTION 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
AKTIVITI BULAN JULAI PSS SJI
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Pusat Sumber dan Media sepanjang bulan Julai 2017
-
Pusat Sumber Sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan memb...